Monday, 12 August 2013

CERITA KITA

Bertahun tahun aku tunggu
Bertahun tahun aku pendam perasaan
Perasaan yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan
Tapi semuanya telah berakhir
Berakhir dengan sebuah kedukaan

Kau hadir dalam hidup aku
Perkenalan kita hanya bermula sebagai kawan
Dan tidak pernah terlintas difikiranku
Untuk mempunyai perasaan yang lebih dari kawan.

Hari hari yang kita lalui sebagai kawan
Telah membuka mataku
Dengan kejujuran yang kau tunjukkan
Kau begitu ikhlas untuk berkawan dengan ku
Bukan untuk mengambil kesempatan diatas kekurangan diriku

Setiap masalah yang aku hadapi akan kita kongsi bersama
Dan kau tanpa diminta akan memberikan nasihat dan pandangan
Yang sangat berguna bagiku
Dan itu semua telah membuatkan aku menjadi semakin kuat
Untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

Hari hari ku sangat indah apabila bersama mu
Kau telah membuat aku rasa sangat dihargai
Aku rasa sangat bahagia bila bersama dengan mu
Walaupun tanpa sepatah kata
Asalkan kau berada disisiku

Tapi disebabkan kebodohan diriku
Aku telah kehilangan kau
Kehilangan insan yang telah membuat hari hariku bahagia
Kehilangan insan yang sanggup menerima segala kekurangan dan kelemahanku
Kehilangan insan yang sangat aku cintai.

Mungkin sekarang kau sedang membenci diriku
Mungkin kau sedang berusaha untuk melupakanku
Tapi percayalah bahawa aku tidak pernah mencuba untuk melupakanmu
Dan tidak pernah terlintas difikiranku untuk membenci dirimu

Kenangan manis antara kita akan ku simpan selamanya
Kerana itu sahajalah yang kau tinggalkan untukku
Aku doakan kau berjumpa insan yang lebih baik dari diriku
Yang bakal menjadi pemaisuri hidupmu.



No comments:

Post a Comment