Monday, 12 August 2013

ANTARA AKU DAN DIA

Andai benar dia adalah jodohku,
Dekatkan lah dia kepadaku.
Peliharakanlah hubungan kami.
Jauhkan lah kami dengan pertelingkahan yang boleh membuatkan kami jauh.
Kuatkanlah jodoh kami sehingga ke hujung nyawa.

Tetapi,
Seandainya dia bukan jodoh yang telah ditetapkan untukku,
Bawalah dia jauh dariku.
Biarkanlah dia bahagia bersama pilihan hidupnya.
Bahagiakanlah dia bersama permaisuri hatinya.

Aku redha.
Aku terima segala ketentuan.
Andai telah tertulis bukan dia jodohku.
Ku kirimkan doa untuknya,
Agar dia sentiasa bahagia dan gembira.
Bersama insan yang dicintainya.

Dan aku,
Biarlah aku hidup dengan segala kenangan bersamanya.
Kenangan manis, gembira antara aku dan dirinya.
Kerana itu adalah harta yang paling bermakna untuk diriku.
Pemberian yang tak ternilai dari dirinya.


No comments:

Post a Comment