Thursday, 29 August 2013

CURHAT siSEPET :)

Aku bukan seorang pendendam.
Walau macam mana sakit hati ini kau buat, selagi hati ini masih mampu bertahan dan bersabar, aku akan terus bersabar.
Tiada guna andainya aku masih menanti, mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Tiada gunanya aku mempertahankan sebuah hubungan andainya tiada kejujuran darinya.
Aku harus melangkah.
Melangkah kehadapan meninggalkan segala kenangan pahit dan kesakitan bersamanya.
Andai itu bisa membuat hatinya bahagia, aku rela.
Aku pasrah.
Aku redha dengan ketentuanNya.
Yang pasti akan hadir seorang insan yang mampu mengubati luka dihatiku ini.
InsyaALLAH.
Dan aku mohon jauhkanlah diriku dari menyimpan dendam.



Tuesday, 20 August 2013



menurut bentuk gaya Arabic 1:
Mempunyai sifat survivor dalam diri dan tidak mahu mengalah. Suka melakukan kerja dengan pantas dan secara sistematik supaya nampak lebih teratur. bersifat pemimpin di dalam diri. seorang yang berterus terang tetapi di dalam hati ada taman. individu ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan merupakan seorang pemikir yang bijak.

menurut bentuk gaya roman 2:
seorang yang mudah berkawan, sangat emosi jika menyentuh hal yang berkaitan dengan keluarga. mempunyai impian yang besar tetapi memerlukan orang dibelakang untuk membantunya. seorang ynag bersifat cool dan lebih suka membuat hal sendiri.

menurut bentuk gaya greek 3:
merupakan seorang pelaksana kerja yang paling baik dan tidak mudah berputus asa. mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam sesuatu kerja. mempunyai ilham, kreatif dan merupakan seorang insan yang berseni tetapi bakat terpendam. keperluan membina diri untuk lebih maju, hidup penuh dengan impian dan idea tetapi tidak dilaksanakan.

nih cuma ramalan je. jangan lak korang percaya 100% tau. see you :)

PHOTOGEDIKS PART 2 :)

tengs pada sape2 yan sudi singgah kat blog akku yang burok dan usang nih dan menghabiskan masa korang membaca celoteh aku yang tersangat mengarut nih.

kalau tadi tu photogedik part 1, yang nih photogedik part 2 lak.

kejadian nya masih dalam hari yang sama dan ahlinya masih yang sama macam yang dalam part 1 tadi. so untuk tidak melengahkan masa mari la kita melihat gambar2 yang telah diambil dengan menggunakan kamera henfon. *maklumla aku tader DSLR*

LOCATION: HUTAN BANDAR JB

















sekian saja la celoteh aku kali nih. bye, see you next time :)

PHOTOGEDIKS PART 1 :)

setelah sekian lama tak ketemu dengan kengkawan lama, akhirnya dapat gak jumpa and hangout bersama. *wah sangat tak ley bla ayat kau kan*

tengkiu di ucapkan kepada my BFF, NURSUHADA NORDIN and her boipren MOHD NASRIQ LOKMAN  and sorang lagi BFF den SITI HAJAR RUSLAN sebab sudi spend time ngan aku, datang raya uma aku, bawa aku keluar jejalan and layan kepalotak aku yang dah mereng nih. 

so mcm biasa la kalau pempuan giler kamera nih ade, kompom la banyak gambar yang terhasil. *sebab sesungguhnya aku memang gilerr kamera*

Date: 17 August 2013
Location: JOHO concept










sebenarnya  tujuan kitorang datang sini sebab nak beli baju tapi apakan daya baju yang kitorang nak belli tu tader stok. so kitorang beli sticker jela.

nantikan kemunculan photogediks part 2 ok :)

Wednesday, 14 August 2013

KETAHUI SIKAP WANITA MELALUI GAYA BERJALAN

1) KELIHATAN SEPERTI TIDAK MEMIJAK TANAH (JALAN BERGINJAT)
 kononnya dikatakan bersikap tidk jujur, mulut laser dan suka menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. juga terkenal dengan sikap ego. biasanya seorang yang boros berbelanja dan suka membazir. tanpa berfikir sebelu berbelanja. tetapi wanita seperti ini biasanya akan menjadi pujaan hati ramai.

2) SERING MENOLEH KE KIRI DAN KANAN
 biasanya dikataan pandai menyimpan rahsia. walaupun ramai yang beranggapan dia tak jujur, suka menipu kawan sendiri dan merugikan kawan tapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluki hatinya. kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3) SUKA MENUNDUK
 katanya memiliki sikap tertutup. dia hanya akan berbual dengan orang2 yang rapat dengan dia dan boleh dipercayai je. biasanya hatinya sukar untuk ditawan.di samping sikapnya yang dingin, dia juga tak peduli dalam percintaan. tapi kalau ada lelaki yang berjaya tawan hati dia dijamin lelaki tu akan beroleh kebahagiaan. sebab wanita jenis nih sangat setia dan takkan mengkhianati lelaki yang dicintai.

4) BERJALAN MENATAP LURUS KE DEPAN
 memiliki pendirian yang teguh. tak mudah untuk goncangkan imannya. jangan sekali kali menentang apa yang dikatanya kalau anda taknak dengar dia berleter panjang. walaupun pendirian dia teguh, dia selalu berselisih pendapat. so tak hairanlah kalau dia cuma nak berbual dengan orang yang mempunyai pengalaman yang luas je.

5) BADAN BERGERAK KE KIRI DAN KANAN
 selalunya dia bersikap tak ambil kisah dengan apa yang berlaku. apa pon masalah yang dia hadapi, dia anggap tu hanyalah masalah kecil walaupun sebenarnya masalah tu sangat rumit dan perlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. disebabkan sikap dia  nih yang suka ambil mudah akhirnya banyak persoalan yang tak dapat diselesaikan dan akhirnya rugikan diri dia sendiri.

6) BADAN NAMPAK TEGAK
 dia selalunya tegas dalam melakukan sesuatu. dia taknak urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. gaya bicaranya selalu serius macam nak tunjuk yang dia nih berpendirian teguh la, dan yang menariknya tentang dia nih, dia sangat bertanggungjawab terhadap yang yang dia pernah buat. dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sikap romantiknya.

7) BERJALAN SEPERTI ZIRAFAH
 maksudnya bila dia melangkah badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. dia mempunyai perasaan yang sangat lemah, mudah terasa dan tersinggung. so kalau berbual dengan dia, sedikit sebanyak kena lah jaga hati dia supaya tak tersinggung sebab dia mudah mengalirkan airmata.


so korang yang mana satu. maaf kalau ada yang tak betul or korang ada terasa dengan post nih. 

TANDA TANDA LELAKI CURANG (just nak share ngan korang)

1) MULA PANAS BARAN (PANTANG SALAH SIKIT NAK MARAH JE KEJE NYE)
2) TIDAK LAGI CALL MACAM SELALU TU
3) BERUBAH SIKAP (DULU ROMANTIK SEKARANG HAMBAR. DULU CERIA SEKARANG MEMBOSANKAN) 
4) BILA KITA CALL ASYIK ENGAGED (GAYUT NGAN SAPE NTAH)
5) MARAH BILA KITA TANYA TENTANG AKTIVITI HARIAN DIA
6) SUKA BAGI ALASAN TERUTAMANYA MASA KITA CALL DIA (MAK CALL LA, NAK G TOILET LA, OFIS CALL LA, BLABLABLA)
7) MENGELAK DARI PANDANG MATA KITA SEBAB TAKUT TEMBELANG DIA PECAH. SEBAB ORG KATA THE EYES ARE THE MIRROR OF THE SOUL
8) BOLE DIKATAKAN 24JAM DENGAN HENFON DIA (SMS TAK HENTI, KITA NAK TENGOK HENFON DIA PON TAK BG)
9) GELISAH TAK TENTU PASAL. ASYIK TENGOK JAM JE BILA KELUAR NGAN KITA
10) DIA MESTI MENOLAK KALAU DI AJAK KELUAR PADA HUJUNG MINGGU
11) KURANG LAFAZKAN KATA KATA CINTA TAK MACAM MASA BARU BARU BERCINTA DULU
12) SIAP TERSASUL NAMA PANGGILAN ( KALAU SEBELUM NIH KITA PANGGIL "ABG AYG" TETIBA LAK DIA TERPANGGIL "PAPA MAMA")
13) TAK HARGAI PEMBERIAN YANG KITA BAGI KAT DIA
14) BERAHSIA DAN MENIPU
15) MENGHILANGKAN DIRI. CALL TAK ANGKAT, MESEJ TAK BALAS. BILA DITANYA ESOKNYA "SORRRY LINE CELCOM WAT HAL LA" (DOK DALAM HUTAN GAMAKNYE)
16) NALURI KITA. INSTINCT LA OMPUTIH KATE.

SO JANGAN TERLAMPAU LURUS DAN PERCAYA SANGAT YANG KEKASIH KORANG TU TAKKAN PERNAH CURANG.
KALAU KEKASIH KORANG TU ADA MENUNJUKKAN TANDA TANDA MACAM YANG TERSENARAI KAT ATAS TU, KORANG DA BOLE AMBIL LANGKAH BERJAGA JAGA DAN MULA LAKUKAN SESUATU (JANGAN AMEK PISAU G BUNUH DIA LAK)
CUMA NAK SHARE NGAN KORANG DAN PERINGATAN GAK UNTUK DIRI SENDIRI SUPAYA TAK MUDAH TERTIPU DENGAN INSAN BERGELAR LELAKI.

FAREWELL..DINNER..PARTY

MAJLIS NIH DIADAKAN BERSEMPENA DENGAN TAMATNYA PENGAJIAN KAMI SELAMA 3TAHUN (6SEMESTER) DI KOLEJ KEJURURAWATAN MURNI. 

DENGAN TEMA MASQUERADE (betul ke aku eja tu) DAN WARNA2 PILIHAN HITAM, MERAH DAN KUNING, SEGALANYA BERJALAN DENGAN LANCAR SEPERTI DALAM PERANCANGAN.

DAN SEMUA KAWAN2 TERSANGAT LA GEMBIRA. MASING2 MEMPERAGAKAN BAJU2 YANG TERSANGAT LA CANTIK. DAN DIORANG SEMUA TERSANGAT LA GORGEOUS MALAM TU.

LOKASI PILIHAN UNTUK MALAM FAREWELL TU KAT NILAI SPRING, NEGERI SEMBILAN (dekat je ngan kolej kitorang).

ENY, INTAN, AZ


LINDA, MIMI, AZ


LINDA, AZ, QIQIN, ENAB

MY BELOVED FRIEND NUR QIQIN
JUST ME AND MYSELF :)

BIELA, ENY, QIQIN, ENAB, AZ, INTAN, WAWA



ACTUALLY BANYAK LAGI GAMBAR YANG KITORANG SNAP TAPI CUKUP LA SETAKAT NIH JE YANG DIUPLOAD.

ANYWAY THANK YOU SO MUCH SEBAB SUDI SINGGAH DAN BACA BLOG NIH. :)



Monday, 12 August 2013

CERITA KITA

Bertahun tahun aku tunggu
Bertahun tahun aku pendam perasaan
Perasaan yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan
Tapi semuanya telah berakhir
Berakhir dengan sebuah kedukaan

Kau hadir dalam hidup aku
Perkenalan kita hanya bermula sebagai kawan
Dan tidak pernah terlintas difikiranku
Untuk mempunyai perasaan yang lebih dari kawan.

Hari hari yang kita lalui sebagai kawan
Telah membuka mataku
Dengan kejujuran yang kau tunjukkan
Kau begitu ikhlas untuk berkawan dengan ku
Bukan untuk mengambil kesempatan diatas kekurangan diriku

Setiap masalah yang aku hadapi akan kita kongsi bersama
Dan kau tanpa diminta akan memberikan nasihat dan pandangan
Yang sangat berguna bagiku
Dan itu semua telah membuatkan aku menjadi semakin kuat
Untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

Hari hari ku sangat indah apabila bersama mu
Kau telah membuat aku rasa sangat dihargai
Aku rasa sangat bahagia bila bersama dengan mu
Walaupun tanpa sepatah kata
Asalkan kau berada disisiku

Tapi disebabkan kebodohan diriku
Aku telah kehilangan kau
Kehilangan insan yang telah membuat hari hariku bahagia
Kehilangan insan yang sanggup menerima segala kekurangan dan kelemahanku
Kehilangan insan yang sangat aku cintai.

Mungkin sekarang kau sedang membenci diriku
Mungkin kau sedang berusaha untuk melupakanku
Tapi percayalah bahawa aku tidak pernah mencuba untuk melupakanmu
Dan tidak pernah terlintas difikiranku untuk membenci dirimu

Kenangan manis antara kita akan ku simpan selamanya
Kerana itu sahajalah yang kau tinggalkan untukku
Aku doakan kau berjumpa insan yang lebih baik dari diriku
Yang bakal menjadi pemaisuri hidupmu.



ANTARA AKU DAN DIA

Andai benar dia adalah jodohku,
Dekatkan lah dia kepadaku.
Peliharakanlah hubungan kami.
Jauhkan lah kami dengan pertelingkahan yang boleh membuatkan kami jauh.
Kuatkanlah jodoh kami sehingga ke hujung nyawa.

Tetapi,
Seandainya dia bukan jodoh yang telah ditetapkan untukku,
Bawalah dia jauh dariku.
Biarkanlah dia bahagia bersama pilihan hidupnya.
Bahagiakanlah dia bersama permaisuri hatinya.

Aku redha.
Aku terima segala ketentuan.
Andai telah tertulis bukan dia jodohku.
Ku kirimkan doa untuknya,
Agar dia sentiasa bahagia dan gembira.
Bersama insan yang dicintainya.

Dan aku,
Biarlah aku hidup dengan segala kenangan bersamanya.
Kenangan manis, gembira antara aku dan dirinya.
Kerana itu adalah harta yang paling bermakna untuk diriku.
Pemberian yang tak ternilai dari dirinya.


reupload. kejadian lama. :)

DATE: 23 JULY 2013
DAY: TUESDAY

HURMMMMM... AKU YANG SEDANG KEBOSANAN KAT UMA NIH TAK TAU NAK WAT APE.
TUNGGU TIME JAP LAGI NAK MASAK UNTUK BERBUKA PUASA. HEEEEE.
SEMENTARA BELUM DAPAT KEJE NIH JADI SURIRUMAH LA AKU KAN.

AKU CUMA NAK SHARE CITER SAL SOMEONE NIH.
TAK YAH MENTION LA EK NAMA DIA APE.
DIA NIH SEBENARNYA BOLE LA DIGELAR "PERAMPAS"
SEBAB DIA DA RAMPAS BOIPREN AKU YANG DA 4 TAHUN NGAN AKU.
TAPI AKU TAK KISAH SANGAT PASAL TU SEBAB DA ANGGAP BENDA TU SUME DA TADER JODOH.

SEJUJURNYA LEPAS KEJADIAN TU AKU TAK PERNAH BENCI BOIPREN AKU *SEKARANG NIH DA JADI EX LA KAN*
TAPI SEKARANG  NIH AKU TAK TAU LA NAK CAKAP.
AGAK BENCI JUGAK LA NGAN MEREKA.
BUKAN PASAL MEREKA DA BAHAGIA BERSAMA.
TAPI DISEBABKAN SIKAP MEREKA YANG TAK RETI NAK RESPECT HAK DAN MARUAH ORG LAIN.

AKU GERAM NGAN LELAKI NIH SEBAB DIA CERITA SEMUA BENDA TENTANG AKU KAT AWEK BARU DIA.
EVERYTHING OK. YANG BAIK. YANG BURUK. SEMUA LA.
YANG SI PEMPUAN NIH PULAK YANG KONON NYE NAK TAU KEBENARAN TU DENGAN BANGANG NYE G TANYA N CITER SEMUA BENDA TU KAT AKU.
AKU PON DENGAN BANGGA NYA NAIK ANGIN DAN SECARA TAK SENGAJA TERMAKI SI PEMPUAN NIH.
PASTU TERHEGEH-HEGEH DOK MESEJ,, IM ORG SEGALA. DA TAU ORG TAK LAYAN TU SENYAP DA LA KAN.
NIH TAK.

PASTU SATU HARI NIH ADE LA SI PEMPUAN NIH CHAT AKU NAK SOH AKU MAAFKAN BALAK DIA N BERBAIK NGAN BALAK DIA TU.
AKU MEMANG DA LAMA MAAFKAN DIA. TAPI UNTUK BERBAIK TU MUNGKIN TAK LA KAN.
PASTU DENGAN BANGGA NYA PEMPUAN TU MEMPERSOALKAN SEBAB AKU TAK NAK BERBAIK NGAN BALAK DIA,
N TURUT MENYEKOLAHKAN AKU.
HEIIII, FAMILY AKU, KWN2 AKU YANG TAU CITER SEBENAR ANTARA AKU NGAN BALAK KAU TU PPON TAK PAKSA AKU BAIK NGAN DIA,
YANG KAU NAK PAKSA AKU KENAPA?
PASTU SIBUK CARI GADUH NGAN AKU UPDATE STATUS BAGAI.
SIAP PERTIKAIKAN NICKNAME AKU.
NAMPAK SANGAT LA LOSER KAN.

SEMALAM LAK SIBUK DOK CHAT AKU MINTAK MAAF KATE NYE
NAK BERBAIK.
AKU TAK PAHAM LA NGAN KAU NIH PEMPUAN.
KEJAP CAKAP LAIN. NIH CAKAP LAIN LAK.
AKU DA MENGIKHLASKAN ATI MEMAAFKAN KORANG.
TAPI UNTUK BERBAIK, BELUM SAMPAI MASANYA LAGI.

HOISSHHHH ADE GAK MACAM  NIH KAN. :(

fuhhhh berhabuknye !!!!!

assalamualaikum....
setelah sekian lama aku tak meng"UPDATE" blog nih, maka dengan ini, pada hari nih aku muncul kembali untuk meng"UPDATE" blog aku yang da berhabuk nih.
huhuhuuuu.
al-maklum la selama nih online guna fon. tak pakai lappy.

banyak benda yang aku nak share sebenarnya.
start dari aku abes study, convocation day, bulan ramadhan, aidilfitri, macam-macam lagi.
tapi hari nih tamo citer pape lagi.
sebab aku rindu kat blog aku yang tak seberapa nih.

hurm, nanti aku update lagi la ye.
bz sikit nih  sebab ade tetamu nak datang beraya.
dan aku telah ditugaskan untuk memasak manakala akak aku telah keluar untuk membeli barang yang hendak dimasak.
k la. see you. :)